Monday, July 25, 2011

PROGRAM KEMBARA MUHIBBAH

Alhamdulillah.. pada 21 - 23 Julai, 2011 baru-baru ini KRT Taman Mahsuri dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu telah berjaya mengadakan Program Kembara Muhibbah di Chalet Puteri Ayu Yan Kedah.   Encik Ismail b. Zakaria Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu telah sudi melepaskan peserta Konvoi Kembara Muhibbah jam 4.00 petang pada 21 Julai, 2011.
Lebih kurang 120 orang telah menyertai konvoi Kembara Muhibbah yang terdiri daripada 40 belia bermotosikal dan ahli-ahli KRT Taman Mahsuri serta keluarga masing-masing.  Tujuan program ini ialah untuk melibatkan para remaja dalam aktiviti kemasyakatan dengan  memberi khidmat masayarakat kepada penduduk setempat dan untuk mengeratkan ukhwah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong mengecat semula surau kg. Tengah, Kuala Sungai Yan,
ceramah motivasi, majlis bacaan Yassin, Kuliah Suboh dan sukaneka.

Sambutan dan kerjasama daripada penduduk setempat amat menggalakkan . Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama menjayakan Program Kembara Muhibbah.

ucapan oleh En. Ismail b. Zakaria -Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu
semasa melepaskan konvoi Kembara Muhibbah